suke ati aku la nak update ke x.

Saturday, 27 February 2010

Tanda-tanda kematangan

Interesting article from iluvislam.com. click kt title ntuk g ke site iluvislam.com. bace lah apa yg penulis ni cuba sampaikn.
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. 

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
adakah kita telah memenuhi ciri2 ini? 

Friday, 26 February 2010

rakan lama

adakah kita ini dikira sombong jika tidak bertegur sapa?
adakah betul kita ini sombong jika tidak bertegur sapa?

pengalaman sendiri. i would run away if i see somebody i know, but yet it been long time since i meet he/she.

ntah la. bukan sombong, tapi segan mungkin? atau takut?

1.kerana kita yakin kita ni da berubah. berbeza dengan siapa kita masa kita kenal dia. contoh, kawan skola rendah. igt lagi, some of my skola rendah fren. Ali, kembar anas n afif, juli n some other. rmai da yg da xjumpe da, tp ade yg masih ade smp skg. Anas, which is now one kulliyyah with me. tp ble jumpe just sekadar bertegur sapa je. xpnah berborak panjang persis seorang rakan yg sudah lama tidak berjumpa. knape tidak? ingat lagi, kami selalu bermain bersama2 masa darjah 1, 2 dan 3. tapi skarang, when meet each other, we are speechless, or is it me who is the one with speechless?
2. kerana dlu kita tidak nmpk perbezaan kita. contoh, sepupu. aku dan Z, dlu rapat ngn anak maklong, angah and ein. salu main bersama. tiap kali balik kampung mesti main sama2. kgkdg g umah dia pn mst main. tp skg? kami di sebelah sini, dan mereka di sebelah sana. adakah kerana kami lelaki dan mereka perempuan? adakah kerana masing2 sudah mempunyai haluan tersendiri?
3. kerana kita tidak sebangsa. aku bukan racist, tetapi berada dalam komuniti melayu sahaja sejak form 3 (skola mrsm mne ade non-malay, skg ni kt uia pn xde non-malay) membuatkan aku rse semakin jauh dengan kaum lain. dulu ingat lagi, walaupun tidak rapat, tapi aku mempunyai rakan seperti chin ji ho, yong siew hong, anand, n yuan yik. tapi skarang sudah berbeza. menjadi kekok sekali untuk bersama mereka seperti zaman sekolah dahulu.
4. kerana kita pernah jadi rakan rapat, dan kita tidak mahu melukainya. contoh terbaik, anwar dan faiz. dlu rapat dan kamceng mase matrik. tp skarang? mustahil kerana berbeza kulliyyah membuatkan kita tidak lagi berhubung. tp kenapa bila bertemu lidah terkelu untuk berkata-kata?

aku tidak sombong. aku masih ingat mereka. aku masih ingin bertegur sapa dengan mereka. tapi lidah ku kelu. otak ku kering dr idea untuk berbual.

atau betulkah aku ini sombong seperti yang mereka sangka? Nauzubillah min zalik.

menunggu

ye, aku x tdo lagi. aku masih menunggu dia.

Da redi ke nak kawen?

ni bende 3 ari lepas. xsempat nak post.

Perkahwinan, definisi; menghalalkan yang haram. Manusia diciptakan dari pelbagai warna dan ragam, supaya dapat saling kenal berkenalan, berkasih sayang, dan hidup dlm keharmonian. Dan menariknya, Allah telah menciptakan manusia mempunyai perasaan terhadap jantina lawan. Seperti magnet, lelaki tertarik dengan wanita, dan wanita juga tertarik dengan lelaki. Tapi harus awas, nafsu dan naluri itu bukanlah perkara yang sama. Manusia mempunyai fikiran, seharusnya mampu membezakan nafsu dan naluri.

Allah itu Maha Bijaksana, menciptakan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Dan menjadi tanggungjawab seorang manusia untuk berlaki adil terhadap kasih sayang. Allah tidak menjadikan kasih sayang sesama manusia untuk disalahgunakan, lalu berlakulah hubungan liar. Inilah yang membezakan manusia dan haiwan. Allah telah memuliakan manusia, dan menciptakan perkahwinan untuk menghalalkan, dan memakmurkn hubungan antara lelaki dan perempuan.

Sudah bersediakah kita untuk berkahwin? Ya kamu Azmi. Adalah kamu sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ayah, seorang menantu, seorang ipar? Bersediakah kamu untuk menerima keluarga baru? bear in mind, kamu bukan berkahwin dengan dia sahaja. malah seluruh kaum kerabat.
Sedangkan tanggungjawab sendiri pn masih banyak kelemahan, inikn pula tanggungjawab orang lain.

Menceritakan mengenai perkahwinan, pasti kita terfikir, siapakah bakal atau calon pasangan kita? bagi saya (sy? haha), saya sudah ade calon isteri saya (sudah sampai tahap bakal). Tidak menjadi masalah lagi bagi saya untuk memikirkan siapakah pasangan saya, dan tidak berfikir untuk mencari yang baru. kerana calon saya ini, sudah cukup bagi saya. memikirkn dia sahaja sudah cukup membuatkan saya senyum sendiri. mendengar suaranya sahaja sudah cukup membuatkn hati ini berbunga. bertemunya, apatah lagi. Dunia ini serba indah apabila bersama dia. Sudah berkawan sejak 2006 (ini dia yang bagitau. saya rasa macam baru semalam berkenalan. owh how i love her so much), masuk tahun ini, hampir genap 4 tahun kami berkenalan. Tapi tidak dinafikan, sedang lidah lagi tergigit. pasangan yang baru berkahwin juga ade berlaku perselisihan faham, apatah lagi kami yg berjauhan secara physical, tetapi bukan secara emotionally. saya salu rindukn dia, dan semakin hari, semakin rindu, malah perasaan rindu ini  telah membuak2. adakah si dia juga begitu (hee...)

Sudah pasti jodoh itu ditangan Tuhan, tapi Allah tidak akan membantu kita jika kita hanya duduk berdiam diri. Selain ciri2 wanita idaman, solat istikharah juga membantu dalam membuat pilihan. Hanya Allah saja tahu apa yg terbaik untuk kita, dan dia. Bear in mind, marriage should last forever, and only Allah know what will happen in the future. Moga pilihanku, berserta doa dan petunjuk dari Allah, merupakan keputusan terbaik, buat diriku, dan bakal isteriku....

Adakah kita sudah bersedia?

  1. Calon?
  2. Tanggungjawab. 
  3. Soul. Rohani. Roh itu essence manusia. tanpa roh, manusia hanya segumpal daging. cukupkah bekalan dan persediaan rohani yang kita ada? untuk diri kita, untuk pasangan kita, dan untuk anak2 kita?
  4. Kewangan. xde duet orang risau, ade duet orang risau. hidup sebagai student, bergantung kepada scholarship, membuat kita terpikir. Yakinkah kita akan grad? Yakinkah kita akan mendapat kerja? Yakinkan kita gaji kita mencukupi?
  5. Toleransi dan ego. Bukan lelaki saja ada ego, perempuan juga apa kurangnya? mampukah kita membuang ego kita? ego yg kononnya prisip yg kita pegang sejak dulu? mampukah kita menerima perubahan. menerima dan adaptasi. setakat mana kita mampu menerima? setakat mana kita mampu memberi?
  6. dan seribu satu (1001) perkara lagi yang perlu difikirkan

Sebagai seorang muslim, haruslah kita berusaha sedaya upaya, berdoa dan berserah kepada Allah, supaya setiap langkah yg kita ambil, diberkati Allah.

Benda yang elok, eloklah diawal2kan.
Benda yang buruk, eloklah dilambat2kan.

Perkara yang simple, keep it simple.

p/s: ingatan pada diri, jangan kuat main game. there are life out there, that need our attention.

Thursday, 25 February 2010

update

suke ati aku la nak update ke x.

Iklan Je...