Perkahwinan, definisi; menghalalkan yang haram. Manusia diciptakan dari pelbagai warna dan ragam, supaya dapat saling kenal berkenalan, berkasih sayang, dan hidup dlm keharmonian. Dan menariknya, Allah telah menciptakan manusia mempunyai perasaan terhadap jantina lawan. Seperti magnet, lelaki tertarik dengan wanita, dan wanita juga tertarik dengan lelaki. Tapi harus awas, nafsu dan naluri itu bukanlah perkara yang sama. Manusia mempunyai fikiran, seharusnya mampu membezakan nafsu dan naluri.
Allah itu Maha Bijaksana, menciptakan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Dan menjadi tanggungjawab seorang manusia untuk berlaki adil terhadap kasih sayang. Allah tidak menjadikan kasih sayang sesama manusia untuk disalahgunakan, lalu berlakulah hubungan liar. Inilah yang membezakan manusia dan haiwan. Allah telah memuliakan manusia, dan menciptakan perkahwinan untuk menghalalkan, dan memakmurkn hubungan antara lelaki dan perempuan.
Sudah bersediakah kita untuk berkahwin? Ya kamu Azmi. Adalah kamu sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ayah, seorang menantu, seorang ipar? Bersediakah kamu untuk menerima keluarga baru? bear in mind, kamu bukan berkahwin dengan dia sahaja. malah seluruh kaum kerabat.
Sedangkan tanggungjawab sendiri pn masih banyak kelemahan, inikn pula tanggungjawab orang lain.
Menceritakan mengenai perkahwinan, pasti kita terfikir, siapakah bakal atau calon pasangan kita? bagi saya (sy? haha), saya sudah ade calon isteri saya (sudah sampai tahap bakal). Tidak menjadi masalah lagi bagi saya untuk memikirkan siapakah pasangan saya, dan tidak berfikir untuk mencari yang baru. kerana calon saya ini, sudah cukup bagi saya. memikirkn dia sahaja sudah cukup membuatkan saya senyum sendiri. mendengar suaranya sahaja sudah cukup membuatkn hati ini berbunga. bertemunya, apatah lagi. Dunia ini serba indah apabila bersama dia. Sudah berkawan sejak 2006 (ini dia yang bagitau. saya rasa macam baru semalam berkenalan. owh how i love her so much), masuk tahun ini, hampir genap 4 tahun kami berkenalan. Tapi tidak dinafikan, sedang lidah lagi tergigit. pasangan yang baru berkahwin juga ade berlaku perselisihan faham, apatah lagi kami yg berjauhan secara physical, tetapi bukan secara emotionally. saya salu rindukn dia, dan semakin hari, semakin rindu, malah perasaan rindu ini telah membuak2. adakah si dia juga begitu (hee...)
Sudah pasti jodoh itu ditangan Tuhan, tapi Allah tidak akan membantu kita jika kita hanya duduk berdiam diri. Selain ciri2 wanita idaman, solat istikharah juga membantu dalam membuat pilihan. Hanya Allah saja tahu apa yg terbaik untuk kita, dan dia. Bear in mind, marriage should last forever, and only Allah know what will happen in the future. Moga pilihanku, berserta doa dan petunjuk dari Allah, merupakan keputusan terbaik, buat diriku, dan bakal isteriku....
Adakah kita sudah bersedia?
- Calon?
- Tanggungjawab.
- Soul. Rohani. Roh itu essence manusia. tanpa roh, manusia hanya segumpal daging. cukupkah bekalan dan persediaan rohani yang kita ada? untuk diri kita, untuk pasangan kita, dan untuk anak2 kita?
- Kewangan. xde duet orang risau, ade duet orang risau. hidup sebagai student, bergantung kepada scholarship, membuat kita terpikir. Yakinkah kita akan grad? Yakinkah kita akan mendapat kerja? Yakinkan kita gaji kita mencukupi?
- Toleransi dan ego. Bukan lelaki saja ada ego, perempuan juga apa kurangnya? mampukah kita membuang ego kita? ego yg kononnya prisip yg kita pegang sejak dulu? mampukah kita menerima perubahan. menerima dan adaptasi. setakat mana kita mampu menerima? setakat mana kita mampu memberi?
- dan seribu satu (1001) perkara lagi yang perlu difikirkan
Sebagai seorang muslim, haruslah kita berusaha sedaya upaya, berdoa dan berserah kepada Allah, supaya setiap langkah yg kita ambil, diberkati Allah.
Benda yang elok, eloklah diawal2kan.
Benda yang buruk, eloklah dilambat2kan.
Perkara yang simple, keep it simple.
p/s: ingatan pada diri, jangan kuat main game. there are life out there, that need our attention.
No comments:
Post a Comment