suke ati aku la nak update ke x.

Friday 17 December 2010

change

i met this beautiful girl. i was a boy then. childish and immature...
i fall in love with her. she was so beautiful that i become afraid to approach her.
not only her beauty, but her friendliness gave me confident to approach her.
and i love her more than i love anything else in this world...

sometime i buy her thing, sometime i said sweet talk.
but most of the time i do stupid thing to make her happy.
i just can't lose her.
im so in love with her.
to me, she is more than anything else in this world...

but as we grow up, im become man, she become woman.
she become more beautiful, more than ever.
but as the time change, the situation change, people change.
we change. our love change.
we hurt each other. we hurt ourselves. we become frustated when we didn't become like what we want to.

now we have part.
split due to frustration.
break up coz we dont agree on many thing
the gap between us become wider.

oh i hate this feeling.

i still love you.
but we have to part.
even if we in different sky,
please don't forget me.

maybe we will me again,
but i hope it will be better condition for us next time,
coz u mean a lot for me.

thanks for being with me...

Friday 19 November 2010

merapu dimalam hari

datang dan pergi, datang dan pergi, tetap menanti....
sesungguhnya bersabar itu kadangkala begitu payah sekali,
tetapi, dalam kepayahan itu, pasti ada ganjaran menanti...

Wednesday 20 October 2010

currently

currently im listening to

Radio
xfm
era fm
sinar fm
hot fm
having mp3 wif radio fm function sure help me changing between channels.

Songs
kekanda adinda - monoloque & atilia
Sofia Jane - Black Mentor
Selamat Pagi Sayang - DJ Fuzz & Noh Hujan
When we first met - hellogoodbye
sunday morning - maroon 5
animal - Neon Trees
Cinta Kosmik - Fabulous Cat
Diam diam - Tilu
Ku bukan aku - tilu
human - the killers
berlari - tomok
airplane - B.o.B
pujaan malaya - adzrin azhar
hanyut - faizal tahir
gadis semasa - yuna
kalau berpacaran - sohaimi, ana rafali & altimet
Of beauty and the beast.
While the beauty singing gaily yonder,
The beast could do nothing but wonder,
Does she adore him for the person that he is,
Or is she tempted by the galore of his rich?
Sitting in his grandeur hall,
Sighing as the autumn falls,
The gallant warrior growls and think,
Brute hand searches for ink,
He tries to scribe it on paper,
But still he finds no answer,
How is someone so bestial,
Could be loved by a celestial?
Thus is how beast the mighty,
Was ridiculed by his inferiority….

Friday 15 October 2010

jiwang 2...


Ku bentangkan permaidani kaca untuk kau titi ke hatiku...
Ku tuliskan syair-syair cinta untuk kau lagukan untukku...
Ku binakan istana air yang sebening embun...
Ku hadiahkan obor-obor cinta peneman malammu...

Cinta Kosmik

Monday 11 October 2010

Harus Kau Tahu, Kau Istimewa Bagiku...

Harus Kau Tahu, Kau Istimewa Bagiku...


Kau kekasih hati,
Kau disisi ketika
   aku perlukan seeorang insan
   untuk ku luahkan perasaan
Kau beriku kekuatan
   untuk tempuh segala dugaan...


Kau teman sejati
Kau disisi ketika
   aku perlukan seorang insan
  untuk ku berkongsi suka duka
Kau pendengar yang setia...


Kau begitu memahami
Kau adalah tempatku curahkan segala
Aku suka pada caramu
   Kau mewarnai hari-hariku
Semenjak ada dirimu
   duniaku terasa indah
Semenjak kau ada disisi
   hidupku lebih bererti


Hanya Kau diHati ini...
Aku Rindu Padamu




p/s: karya oleh www.carduta.com.my
p/s/s: gmbr xde kne mengena dgn siapa2. gambar diambil dr google.

Friday 24 September 2010

dinner aku arini

hari ini aku masak dinner sendiri. hehe.

knape? terkejut aku leh memasak?
aku pn sbenarnye terkejut aku leh masak.
sepanjang aku masak dinner td, aku duk pk, betul ke ingredient ni. betul ke sukatan ni. huhu. bedal je la.

dinner aku: pasta cendawan tomato!













tu dia~ merah tu~

hehe.

ekceli instant je aku buat ni.

bahan2, pasta elbow, sos tomato kimball (da siap punye), ngn sup cendawan kimball. tu saje. hehe

mule2, lembutkan pasta dlm periuk berisi air, dan letakkan atas api.
sambil tunggu pasta lembut, masak sup cendawan. pastikan air sikit je.
pastu, toss kan air dr pasta, smpai kering.
masukkan pasta dlm sup cendawan. then letak sikit sos tomato atas pasta.
then panaskan dlm microwave oven.

n siap!

hehe.

bon appetite~

Wednesday 22 September 2010

2 mggu post ramadhan...

kita selalu inginkan pasangan yang cantik/hensem,
kita selalu mahukan kereta yang besar dan laju,
kita selalu kejar duit beribu-ribu,
kita selalu impikan rumah yang besar...

tapi semua itu hanya sementara.
yang hidup pasti mati,
secanggih mana kereta pn akan rosak,
sebanyak harta yang kita kumpul boleh hilang,
sekukuh mana rumah pun boleh runtuh...

cari lah cinta-Nya yang kekal selamanya...

p/s: ingatan kepada diri sendiri setelah dua minggu meninggalkan bulan ramadhan...

Wednesday 15 September 2010

love...

I love you like... blueberry pancake,
i love you like... strawberry milkshake,
i love you like... mice love cheese,
i love you like... vines love trees,
i love you like... wind love blowing,
i love you like... boot love splashing in puddles,
i love you like... bear love kisses and cuddles,
i love you like... the moon at night, bog and round and warm and bright!
i love you....

Friday 10 September 2010

abundance of games make me lazy.....

yeah, im planning to update my blog. however im preoccupied playing game on the net. haha.
so sory guys, im not going to update my blog in the near future....

Wednesday 25 August 2010

snail is keong

salam.
kepada follower2 ku sekalian.
yup aku tau aku ni not-so-follower-friendly.
orang shoutout tak reply.
blog tak update.
n seribu satu bende yang aku patut buat tapi aku tak buat.

lagi skali aku nak mintak maap.
n lagi skali aku xde bende nak update blog aku ni.
jadi enjoy....





















klaka la google translate.
aku td tlupe bahasa melayu untuk snail.
tp skang da tau la jawapannye siput.

hurm... keong tu mende?

lame x update blog

aku tau lame da x apdet blog ni.
ntah, xde idea n xde semangat.
so enjoy~

Monday 16 August 2010

twitter

aku suka gmbr ni. :)


cute kan.
tp gmbr ni maksudnya twitter overload so xleh nk update twitter. :(

btw klo korang nk follow twitter aku, @puterabemi

Friday 13 August 2010

Majlis Anugerah

suke gambar ni. tpi malas nak describe. haha.

Sunday 8 August 2010

blaja masak

pompuan A: azmi pandai masak?
aku: tak pandai, setakat masak sardin dlm tin ngn goreng telur pandai la.
Pompuan A: nak blajar masak?
aku: leh gak. spe cikgu nye?
pompuan A: buku ade. google pn leh~



so aku pun google la...


and kesimpulan yang aku dapat... nnt nak kawen simpan no tepon restoran, fast food, pizza hut etc.
klo bini sakit xdpt nak masak, tepon dorang ni order makanan. haha.

Saturday 24 July 2010

i proud of you mum.

midnight. i miss you mum. (well i miss my other family members too. abah, kakno, z, din, hani, izni n lini).

recently, mak kepada girlfren Z masuk ward due to demam denggi berdarah (DHF). aku doakan supaya mak dia cepat sihat. memang sekarang musim denggi. yang penting mak dia kuatkan semangat menghadapi ujian ini. n to relate this to my mum, my mum give girlfren Z ni MC on friday so that she able to meet her mom at hospital.

well, i know my mom. ibu tak kan bagi MC free2 camtu je.

i remember one story. ade satu kali tu, ibu komplen. ade sorang patient ibu, posmen, datang kat klinik ibu nak mintak mc. n according to my mom, pt posmen tu make up his story. silap la pt posmen tu. nak tipu experience doctor cam ibu. memang la. obviously pt posmen tu nk MC sbb malas nak kerja.

"klo dia jujur cakap nak mintak mc sbb nak melawat mak dia sakit kat kampung ke, ibu boleh gak consider bagi mc. ni terang2 nak tipu ibu mintak mc."

ok, korang jgn tipu doktor yg mak korang sakit korang nak balik kampung jenguk mak korang pastu korang nak mc. that is so wrong. be honest to your doctor, because they are human too, and they are consider certain condition too.

korang ingat ibu tu doktor, ktorang anak2 doktor ni senang2 je dpt mc? itu tidak benar sama sekali. tanya la kakno, z atau dini. they will agree that ktorang memang susah nak mintak mc kt ibu untuk ponteng skola. sgt susah. hanya sbb sakit je, itu pun kgkdg xbg mc pn, ibu tulis surat bg kat skola surat sebab xdatang skola. (ibu, klo ade yg emi tersalah memori kt sni, pliz correct, bukan korek, me.)

orang melayu, cina n india same je. ble sakit, jumpe doktor, pas dpt MC dan2 sihat. uhuk. kn2? korang pun mesti camtu. dpt mule2 batuk2, demam2, pening2. pastu ble dpt mc, terus sihat. terus trase nak g shopping beli barang. kn2?

ibu mmg susah nak bg MC. offer la duit ke, make up story ke, mmg susah nk dpt mc, unless u btol2 xsihat. there are many reason knape ibu susah nak bagi MC free camtu je. one thing that make me proud is, my mom memang tak amek duit for MC. mean my mom never sell MC. one of good reason my mom don't sell MC is because of medicolegal. MC is a legal document. klo korang sihat, tp korang dapat MC, n korang g merompak, MC boleh jadi bukti alibi korang. akan berlaku kezaliman disitu. MC laku di court!

aku bangga mak aku sgt strict dlm mengeluarkan MC. aku harap ini menjadi role model aku nnt ble da kje. psl MC je, telah mengajar aku. bidang perubatan bukan hanya wang ringgit sahaja. bidang perubatan juga adalah etika dan disiplin. at the end, we just wanna help people, bukan nak cekik darah orang.

ok otak aku da jem. sori bahasa aku tunggang langgang. aku taip ni tgh2 malam kot. jadi aku benti kat sini je la. kot klo aku rajin aku edit lain kali je la.

p/s to ibu: klo ade yg emi tersalah faham kat sini, pliz correct me ok.

oh mase aku tulis blog ni, aku teringat kat 2 vids ni. ^_^



Wednesday 7 July 2010

allergic rhinitis

ok arini aku bukan nak cite pasal medik.

aku ade allergic rhinitis. allergic rhinitis ni, ble kene debu ke, sejuk ke, apa2 yang bole trigger tindakbalas badan, yang menyebabkan hidung berair. dalam kes aku, aku allergic sejuk. kgkdg2 ble sejuk je mesti bersin. ble aku kne allergic rhinitis, slalunya pagi2, pergh... sabo je la. cume orang yg ade allergic rhinitis ngn asthma je tau camne rase bangun2 pagi, idung tersumbat. da la tersumbat, pastu susah nak bernafas plak tu. tambah2 bersin. klo teruk sangat, leh sampai pening kepala.

ade satu kisah klaka pasal allergic rhinitis ni. berlaku kat aku. tahun lepas.

tahun lepas, aku ade problem pendengaran (until now pun ade lagi). so g la jumpe doktor sebab nak cek knape pendengaran aku ade problem kan. so satu hari ni, g kat klinik telinga dan pendengaran (ear and hearing clinic) uiam. doktor tu cek la telinga. dia nmpk gegendang telinga (tympanic membrane) tu cam membonjol (bulging) keluar.

doktor: adik, tympanic membrane awak ni cam bulging keluar sikit la. selalu naik kapal terbang ke, naik bukit ke, yang buat tekanan kt telinga?
aku: hurm... doktor, sy ade allergic rhinitis. pagi2 mesti bersin kuat. pastu selsema. pastu sy blow (buang hingus) hidung sy.
doktor: hurm. jadi mungkin bulging out ni sbb adik blow hidung kuat sangat kot. pasni, kalau boleh, cuba la elakkan benda2 yang boleh menyebabkan allergic rhinitis awak tu datang. selalu allergic rhinitis tu datang time bila?
aku: time sejuk, time berdebu. pagi memang kena bersin.
doktor: jadi cuba elakkan benda2 sejuk, benda2 berdebu ye.
aku: oh jadi doktor, sy allergic pagi, jd sy kne elakkan bangun pagi la ye?
doktor: haha awak ni. klo bab ponteng kelas, laju aje kan.

haha. cubaan untuk ponteng kelas pagi gagal.

Friday 25 June 2010

♣ Cool Jumper Contest ♣

oh this is my first time joining a contest. ehem2. trying to do my best.


intro dulu...

tengah surf internet. tibe2 stumble on this contest. http://ladolcenina.blogspot.com/2010/06/cool-jumper-contest.html



oh ini gambar organizer tu. pandai dia lompat. sempat buat peace sign lagi. hehe.
rules and regulation
  1. Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
  2. Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
  3. Be my follower --> Nina Aman
  4. Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
  5. 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
  6. Tarikh tutup: 4 JULAI 2010

 meh aku pun nak post gambar aku lompat.


aku: yeha!~
kawan aku tu: haish x betul budak ni. baik aku lari jauh2.

hurm... dialog diatas hanyalah rekaan semata2.

hehe. gambar ni baru lagi. mase ni seminggu sebelum kawan aku nak convo. tp dia da dapat robe convo awal. so dia ajak la aku g photoshoot. hehe. ni selingan je ni.

sbenarnya aku x pndai sgt tgkp gmbr lompat2 ni. salu problem part muke n gaya. gaya da ada, tp muka x pndang camera. tak pun, muka da pandang camera, tapi part gaya pule slack. haish....

p/s: bukan hadiah yang ditarget, cuma ingin berkongsi dengan orang lain gambar ni. klako kan gaya aku?

oh pastu kene tag 4 orang pulak ye...

1. hani
2. hazirah
3. fitri fie
4. haniza

Tuesday 22 June 2010

Jumpa lagi di tahun 4!

after 12 weeks undergone surgical posting, at last i've finish my surgical xm... uhuk.

| baru pas exam ni, tiba2 flush/gush/stream/watever it is idea datang tiba2|

it's started a week ago after attending my cousin's wedding at kemaman, baru perasan exam is just around the corner. otomatik otak jadi blank. zero. JEE-RHO!

semakin hari semakin tidak siuman.
semakin hari semakin tidak betul.
semakin hari semakin tingtong.

slalunya, bila time exam je, mesti ade physiological changes. demam la, diarrhoea la tapi yg penting, dua benda ni mesti naik. Selera Makan, Selera Tidur. oh ya. selera tido. aku prasan lg dekat ngn exam, lg kuat aku tdo. uhuk. i guest studying is exhausting to my brain.

i admit that i my exam preparation is far from adequate. ntah le. sejak dlu camni. awal2 posting semangat waja, tp lg dekat ngn hujung posting, makin malas. sepatutnya makin rajin la kan? prepare untuk exam. but for me, terbalik. makin pelik. time ni la selera makan pelik2 datang. nak makan lamb chop la, lasagna la, kuewtiau hongkong la, pelik2 la. pastu orang len bace bku, bce notes, tp aku duk layan majalah. majalah keta, majalah fesyen, even katalog Giant pon bace. haha.

exam!

1st day exam not very good. PMP devasting. soklan sikit tapi the mark weighting is heavy. pergh... klo xleh jawab 1 soklan tu, memang betul2 penalize punye la. da le byk xleh jawab. im devasted. even MCQ pun not very good. well, better than PMP but doesnt give me any significant boost at all. haish... ape nak jadi ni?

at one point, i though i don't want to do clinical exam. rase nak balik. give up and fed up with surgery. i realize that, the more i read, the more i learn, the more confuse i become. it's like exploring deep forrest. the deeper you go, the more that you don't know. oh this is so frustating. but somehow, i join study group and i found that whatever will come in 2nd day, just go through with it.


2nd day exam. arini!

tak pikir pun nak lulus ke nak fail, sebab tau ari pertama semalam jawab exam cam crappy je. tapi tu perkara semalam. arini, semangat baru. da tak pikir lulus ke fail, pikir nak abeskan exam je. less stressful that way.

long case dapat case stomach Ca. apakah? i never met this type of case before. oh did i miss this case before? intestinal obstruction tu common, tapi stomach Ca. oh God, help me to go through this case. haish. history taking and physical examination was smooth. the patient was very cooperative even though the patient didn't understand malay so much. tapi ok la given that i can get basic history from the patient.

but when it come to presenting the case, i collapse. (of course not literally). dapat 2 examiner, oh this is the 1st time i get two examiners. sorang prof khay, sorang lg.... xpnah jumpe pun? don't ask me how the presenting goes but in summary, even some basic question especially physiology question that i can't answer. hurm... i didn't read much on stomach and oesophagus, but instead i focus more on intestine and hepatobilliary system. but mebi the luck wasn't in my side.

do you believe in miracle? i hope there will be miracle. i pray to Allah that i will pass my exam.


oh now what?
now that i've finish my exam, so what now?

keluar je exam tadi, macam2 terpikir kat otak ni. so what my next plan? banyak sangat, sampai xtau dari mule nak start.

ultra short term plan (spontaneous)
1. blk
2. update fb
3. update blog. - ah, so why not i update blog 1st, then link to my blog. so in that way, i update fb too!
4. reply msg yg xreply


short tem plan
1. jog petang ni. jog lepas geram.
2. plan reU hujung minggu ni

intermediate plan
1. update blog. nak cite pasal father days. nak cite pasal my wikens. oh so much thing to say, harap2 jalan le plan ni.
2. amek gambar dr laptop taqi
3. kemas bilik, n baju, nak balik umah!~

long term plan - plan kat umah
1. reU wiken ni
2. survey hp.
3. study planning.
4. money planning

banyak ag nk buat ni. tp serabut skg.


huh! exam sudah abes!

untuk yang exam sok, istilah untuk esok adalah BLACA..

yup, blaca, or blace.

apakah?

blaca = blaja + baca.

blaca adalah bila anda blaja dengan cara membaca. yes! oleh kerana aku da abes exam, korang blace la eh. blaja dan membace. hehe. tak kisah la buat exam ngn teruk, tp smentare tgh abes exam ni, cuti la sepuas-puasnya....

Tuesday 25 May 2010

you and me

when u are optimistic, i'll be the pessimist.
when u are pessimistic, i'll be the optimist.

when u are idealistic, i'll be the realist.
when u are realistic, i'll be the idealist.

being different is not to fight,
being different is not to compromise,
but being different is to complement.

we are like yin and yang,
positive and negative pole of magnet,
north and south,
key and padlock.

we might be different,
but these difference make us complement each other.

Monday 24 May 2010

lempang kang!

2p.m. lunch time - baru bgn dr memeta dan perut sy lapa

sudah selesai membayar dan tiba masa untuk menjamah makanan



sedang sedap menjamah makanan, tiba2..


"adik makan lempang?"


ape kes akak ni nk lempang aku ke? aku buat salah ke? aku makan sepah ke?


"ye kak? sy ade buat salah ke kak?"


"akak tny adik makan lempung ke?, bkn lempang"


oh (-_-)"


"hehe, makan kak."


sambil buat muke bajet comel. (n_n)


kakak tu pn bagi la paru2 daging goreng seketul. hee... tengs kak!
owh ini rupenye lempung... igtkan lempang td. haha.


3p.m. pulang dengan perut kenyang dan hati yang kegelian. muehehehe. :)))

Wednesday 5 May 2010

Aku mahu pulang...

poor minds talk about people average minds talk about events great minds talk about ideas - Eleanor Roosevelt

 Bila ada kematian je, semua kecoh. Everybody wanna talk about death. As if death is something rarely happen. indeed, kematian itu perkara yang pasti.

Sejak akhir2 ni, ramai pula yang mati.
1. Din Beramboi meninggal dunia kerana Dengue Shock Syndrome
2. Achik Spin meninggal dunia kerana Motor Vehicle Accident
3. Adik Aminurrasyid mati kene tembak ngn polis.
yang mati sebab H1N1 dan dengue pn ramai juge.

tiap kali ade yang meninggal dunia je, pasti ramai yang ingin memberi pendapat, komen, malah ada juga yang mengkritik. tapi penah tak kita terfikir, kematian itu pasti, dan kita harus menyediakan bekalan untuk kemudian hari?

Hari Hol
Hari Hol atau Hari Haul adalah Hari Ulang Tahun Kemangkatan Sultan terdahulu. Betapa besarnya institusi kesultanan melayu di malaysia, keputeraan sultan pun kita celebrate, kemangkatan sultan pun kita "celebrate". Dan di Pahang, hari hol jatuh kepada 7 Mei, dan dijadikan hari cuti untuk negeri pahang.

ok, actually post ni aku bukan nak cite pasal kematian, tp aku nk cite yang jumaat ni pahang cuti dan aku mahu pulang ke kajang!~ wuhu~ dad, mom, wait for me k. bemi da nak balik~

Tuesday 27 April 2010

ada sape2 teringin nak bela beruk?

one of my friend ask me about wireless broadband (aka beruk ben in malaysia)

so i thought, why dont i share my humble opinion to others too.

ni sume depend on korang punya habit berinternet.

generally, aku rekomen
1. celcom : broadband advance aka celcom98 plan.
atau
2. maxis : maxis 6gb aka maxis98
atau
3. digi : explore 10gb

1. sume ni ok, price pn lbey kurang je. celcom ngn maxis RM 98, Digi je RM 108
2. usage pon ok juge. celcom 5gb, maxis 6gb, cume digi je extra. digi ade 10gb.
3. yg psl usage ni, bukan la nk ckp ble da cecah 5gb, pastu xleh pkai internet. tp ble da cecah 5gb usage, tenet akan jadi slow.
*dat's why aku rekomen celcom broadband advance. sbb klo cecah pn, speed xjadi slow sgt.
4. interm of reliability, i wud say digi 1st, then maxis then celcom. maksud reliability, constants speed. sbb kgkdg ade time laju, ade time slow. tp digi mmg constants.
5. tapi in term of coverage, 1st celcom, maxis x pasti, tp digi 2nd. digi 2nd sbb dia pkai EDGE. edge ni slower, tp digi pny edge laju. tp kl0 korang gune dalam area selangor je, bemi cadangkan digi.

my choice : digi
pro: reliable
cons: mahal

yg tu general. kl0 korang jenis light user, aku cadangkan amek yang murah je. tapi speed mmg slow la. ni mmg untuk casual user. bukan untuk yg hari2 download lagu, hari2 tgk vid kt youtube. tp ni stakat untuk yg anta emel, cari assignment.

celcom: celcom student
maxis: maxis student
digi: digi student

1. maxis xbg modem. celcom ngn digi bg, and free.
2. price, mmg murah la. celcom ngn maxis rm48, digi rm58
3. usage, u got wat u pay. like i said before, ni ntuk light user saje, yg nak murah. celcom 5gb, tp speed slow. maxis 2gb. digi 3gb.
*since celcom pkai speed slow, ble smp 5gb tu, speed akan bertambah2 la slow.
4. reliability, digi la.
5. coverage pule celcom. but like i said before, klo dlm area selangor je, digi is a good choice

my choice: digi
pro: modem free, speed laju (dan constant) dari celcom, data lg byk dr maxis,
cons: extra rm10. (but to me, it worth it)

klo nk paling jimat... amek celcom student. harga plg murah, modem free, speed n data pn ok for light user (xleh kongsi2 la. leh je kongsi2, tp xleh download file byk2, xleh bukak youtube slalu).

p/s: ultimate choice is you. the choice depend on
1. why do you need broadband? is it because you are always on the move? klo slalu fix, and ade phoneline, baik pkai streamyx. jauh lagi stabil, jauh lagi laju, jauh lagi puas. cume x dpt nk bwk jln2 la.
2. when do you use broadband? klo gune stakat kt umah, baik pkai streamyx. klo pkai kt ofis/university, baik pkai wifi/LAN. free. untuk rm48/month (plg murah ni), it is not worth it.
3. how do you use internet? tolak streamyx, penggunaan internet mmg byk pengaruh. bemi dulu biase kt umah pkai streamyx, download ni, download tu. tp ble pkai broadband, very frustated. sbb ade data usage tu. tp klo emi jenis light user, download lagu pn 2 3 sebulan. download movie pn x pnah. ok la pkai broadband student. nak sedap pkai yg bemi rekomen awal2 tu. speed pn ok, data pn ok. bole buat download lagu, 2 3 short movie, kongsi2 lagi.
4. money: ni plg penting la. kte student mmg slalu xde duet.

celcom : http://www.celcom.com.my/broadband/html/celcom_sale.html
celcom student : http://www.celcom.com.my/broadband/html/broadband_basic_youth.html
maxis : http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp
digi: http://www.digi.com.my/internet/broadband/packages_contractfree.html

ni comparison dari digi. aku tau susah sikit nak faham. tapi cube la bace. cume, bias ke digi. but generally, to understand different provider, ni ok.
http://www.digi.com.my/internet/broadband/packages_comparison.html

 oleh kerana kemalasan melampau, aku just copy paste je dr ape yang aku emel dari aku aku. h0h0. =P

tp in summary, klo untuk heavy user, hidup dengan internet, wireless broadband not a good choice. not until internet service provider kat malaysia ni improve their service, i would not rekomen beruk ben. better choose streamyx.

sawang owh sawang

ok baru aku tau ade orang bace blog aku.
kepada pembaca, terima kasih kerana membaca.
tapi jangan la terlalu mengharap.
kerana aku jarang apdet blog ni.

ade da idea nk cte ape kt blog ni. tp belum ade kerajinan dan masa lapang untuk menaip. huhu.

next time ble aku ade mase free, aku nk cite pasal alternative2 yang aku ade untuk aku meluahkan pemikiran kreatif (atau merapu) aku ni. tp jangan pulak korang mengharap. kerana mungkin juge idea ini hanya tinggal idea sahaja....

preview.
facebook vs blog
1. sambutan dan update. facebook lebih cepat mendapat sambutan, dan lebih senang untuk update. seronok ble orang komen status update kite. heee~ =)
2. ruang. oleh kerana ruang yang kecil, facebook susah untuk meluahkan segalanya. hanya bagi intipati sahaja. disini, blog lebih best. we can tell what really actually happen.
3. kekal. status update di facebook cepat je basi. hari ini update, mungkin petang suda basi, atau esoknya tade sape nk bace. tapi blog lebih evergreen.

panjang pule preview ni. tp xpe la. nnt aku cte panjang lg k.

Sunday 11 April 2010

habit ku berinternet

-post pendek-

masing2 ada habit tersendiri ble buat keje. dulu time skola ade member ckp aku salu humming ble buat prob math. h0h0. aku sendiri xprasan. mgkn sbb otak sedang bekerja, jadi xprasan pula mulut berbunyi.

rini nk kongsi pasal habit aku ble berinternet.

kepada pembaca blog, aku xtau korang datang dari mana, tp boleh jadi korang adalah member2 aku dari fesbuk aku. h0h0. jadi mesti korang perasan aku salu apdet status. kgkdg status tu mmg hasil dari pemikiran yg masih kecil ini, tp mostly adalah olahan dari bacaan internet.

jadi bile berinternet, 3 website ini menjadi laman wajib sebagai tool.

1. http://www.google.com.br/
hehe.


kamus!. ye saya tau cam pelik sy tgk kamus. da tua x bererti xleh tgk kamus! kamus adalah tool hebat!

ok. sekian post pendek aku. harap2 tools ini juge leh tolong korang! =D

Tuesday 6 April 2010

100plus yg dijanjikan

seperti yang telah dijanjikan.... 100plus.

upsss... mintak maap. 100plus abes dipasaran.

jd sy hidang 50 perkara mengenai saya...

inspired by kak mena 50 list.


myself
1. perasan hensem.
2. ade lesen mandu tp kete xde. jeles kt orang ade kete.
3. orang kate aku kuat berpura2. ade kebenarannya.
4. sangat pentingkan 1st impression!
5. playful!
6. baran!~ tp salu simpan. spe yg pnah kne marah je tau btape garangnye sy!
7. hobi kaco orang
8. pkai nokia cikai je. tunggu fulus masuk bru tuka phone.
9. suke kn attention!
10. macam ilang arah.
my family
1. ade sorang kakak, sorang abang, 4 orang adik pompuan. syg kt sume adik2 aku. hehe.
2. walaupun sume kt umah, tp masing2 ngadap monitor. monitor komputer, monitor laptop dan monitor tv!
3. walaupn mak doktor, ayah engineer, kami tetap x berduit...
4. family happening. kot?
rakan2
1. bad friends.
2. allergic ngn komitmen
3. xde kawan rapat.
4. kawan cam touch and go.
5. bajet kawan ramai, pdhal dorang xheran pn ngn kite. h0h0.
my study
1. kne pakse amek medik
2. dlu mase skola suke sabjek math
3. suke sangat kat math, salu stadi math last. klo stadi subjek len last nnt ttdo. stadi math kompem x ngantok.
4. xsuke sabjek membace. boring.
5. masih memakse diri menyukai ape yg tgh blaja.
6. bersyukur dpt uia.
7. xde smangat nk sambung stadi.
my love
1. yang dikejar xdpt, yg dikendong berciciran
2. skali petik sepuluh menanti
3. hangat mase mule. tp xdpt teruskn impak....
4. xnk ah pk cinta skg. nk abeskn stadi.
5. jiwang, tp s0l0...
cita2
1. nk grad
2. nk jd penulis
3. nk jadi pelukis
4. nk jadi tukang karut
5. nk berbakti (poyo)
6. ingin memiliki superbike seketul!
7. umah ade swimming pool
suka
1. kuning.
2. mehun goreng
3. kete sporty tp kecil (savvy, neo)
4. tido
5. apdet ngn technology
6. fulus
7. berjalan2
benci
1. orang femes. dlu xsuke schumaker. tp sbb da bukan no 1 skg. ok la kot..
2. bajet hensem. ni macam benci diri sendiri je
3. xde duet tp gaya kalah orang berduit
4. orang bergaya sbb nk tunjuk dia berduit.

ckup 50 x? haha.

Monday 5 April 2010

Miss my old life...

rini nk pkai style laen plak. ikut suke aku la nk post camne kn?

i miss my old life. owh yeah. not so old. last 2 3 weeks, and last 2 3 months pny life.
life like cycle. skejap di atas, skejap di bawah. jadi bg aku, xde golden age.

golden age...
mule2 igtkn mse baby la golden age. idup tanpa kerisauan. bangun2 klo lapa cume nangis je dapat makan, dapat minum. tp rupenye baby tu leceh. byk bende xleh buat. xleh nk berdikari. jgn kate nk kluar umah, nk naek tangge pn mak x bg.

kendian time skola rendah. golden age? haha. mmg xya risau. nakal bukan main. brape kali kene titik ngn cikgu. kne pembaris, kne piat tinga, still xblaja2 ag. tp kesian. kawan x ramai. abes skola trus blk umah. jiran plak xde. depan spital, kanan umah kosong, kiri jalan besar, blakang hutan. seb bek ade abang yg leh main2. abah nape x bwk ktorang g maen kt arked permainan? mcm best je gem kete tu?

skola menengah pn best gak. kwan2 sume laki. g skola xya nk smart2. nk smart pn sbb nk tekel cikgu mude yg sbenarnye 10 thn lg tua dari kite. haha. tp still bukan golden age. nk join hoki pn abah x bg. xpe la, at least dapat blaja camne pegang stik hoki. main hoki lam lumpur pn pnah. mmg puas. tp tu la 1st, tu la last. haha.

mungkin mase f4 n f5 golden age aku kot? mase ni skola kt mrsm muar. owh tbe2 mendapat kejutan budaya. rmai nye awek~. mne 1 nk pilih ni. bak kat cikgu saedon "ingin memiliki dan dimiliki". owh mase ni sgt best. bebas. jauh dari parent. sendiri punye hal! leh maen game. malang skali xde team hoki plak. xpe, team archery pn ok juge.... mase ni gak blaja bercinta. sebut saje sume jenis cinta. cinta terhegeh2. cinta xtau malu. cinta perasan. cinta monyet. cinta beruk. yang penting sume cinta2 ni x mcm orang len. cinta ku cume cinta touch n go. aku je yg lbey2. pdhal dorang x pndang pn kt aku. haha. sengal. bajet hot.

matrik juge antara zaman keemasan ku. boleh dibandingan dengan dkat mrsm dlu. hoho. kt sni blaja rupenye manusia itu berbeza. berbeza dari pelbagai segi. berbeza pendapat, berbeza minat, berbeza motivasi. tp perbezaan itu bole disatukn menjadi kekuatan. perbezaan boleh disatukan lalu lahirlah program2. compare to mrsm, matrik sungguh meriah. dr segi percintaan pulak, xde la jakun cam dlu. da pandai memilih. da pandai bercita rasa. yang penting da pandai respek pompuan. ternyata perkenalan dgn si NEDAM memberi pandangan baru terhadap hidup percintaan. baru kita tau cinta itu memberi. cinta itu toleransi. aku tau aku ni tamak. tapi dalam cinta, lbey byk memberi dari menerima.

naek amek degree ni, ternyata tenaga remaja ku mula kehabisan. low profile je. orang ajak g program pn, join ikut mood. hoh0.
eh macam da pnah cite je golden age ni?

da melalut jauh ni. ekceli yang aku rindu adalah rindukn diriku yg mempuyai semangat untuk berkarya. ye. sy yg skema lagi keras ini, ingin berkarya. ingin mindanya berkembang. ye sy tau da tlambat untuk mengembangkan daya pemikiran kreatif. tp ade aku kesha? eh. kesah?

aku ade macam2 diari, macam2 buku tulis.
1. diary
2. buku planning management
3. buku mimpi
4. buku quotation
5. fb
6. blog.

tp sejak demam aritu, abes 1 pn aku x apdet. mesti diari rindukan aku. buku planning tu leh tolak tepi dlu. skang tgh cuti, malas nk plan. buku mimpi, knape ade 2 entry je? ble nk develop creative ni? cite2 nk jadi spt ronald dahl. haha. buku mimpi pn x apdet. buku qoutation, hanya menjadi mimpi saje. hoho. pernah bercita2 membawa buku kecil dimana2. bila dpt je idea, terus tulis. tp xstart pn.
fb. meriah je dlu. tp skg sejak demam ni, otak jadi beku. fb tempat sarcastic ku. tp nk merapu pn x mampu, inikan pulak nk sarcastic. owh palsu sungguh hidup ku.
blog... rupenye ade follower blog sampah ini. haha. penah bercita2 ingin menjadi dewa blog. ari2 ade post. bajet ble suda ade tenet kt bilik leh la apdet. tp xpn. bersawang gak.

blog ni klaka la. klo kita x start menulis, idea tu xkn datang. tp ble start menaip, mcm xnk benti. walaupn flow of idea serabut, ade aku kesah. sori la dear pembaca. aku malas nk mencantikkn post aku ni. klo korang dpt bce smp sni pn, aku rse aku ptut congratz korang. ye sy tau, membace blog sy memeningkan kerana tiada hala tuju.

ok2. nk parking da ni. kang panjang pulak melalut.

p/s: time kasih kerana sudi singgah. jemput minum teh tarik sejuk yg da basi ni. sok datang lagi. sok aku hidang 100plus plak.

Wednesday 24 March 2010

komputer plak meragam time nk exam ni~

time nak exam la komputer meragam.
onset: semalam computer xleh start. asek je BSOD.
troubleshooting: cabut extra internal hd, still BSOD. cabut ram, ok!
possible problem: ram. ram?! waa... da la 1gb pn DDR2 ram. perghh....
tp mgkn gak ram slot. yg prob.

further troubleshooting:
1. pasang blk hd, psg blk ram.
2. no more BSOD. glad. leh la pkai ram. huhu
3. last nyte, komputer keras gile. sket2 lekat. sket lekat. hesh! knape berat sangat ni.
4. pg ni cabut ram blk.
5. so far computer functioning well....

most probable problem : ram. or ram slot.

comment/impression: wuuu.... ram rosak!~ adakah sebab dia fry? bagaimanakah ram itu bole rentung? pdhal xpnah pegang pn.... da la ram tu besar. 1GB DDR2 SDRAM kot! kingston lagi. huhu. so my total ram turun dr 3GB jd 2GB je..

ke sebab ram slot? nnt la setelkn.

hesh... time nk exam la komputer meragam. komputer sayang, i xpnah maki u bodo. i siap bagi name lagi. i letak name mesin bijak. i ari2 belai u. tapi knape u buat i macam ni? i ade dera u ke? u jangan la majuk ngn i.....


DEMN!

Tuesday 9 March 2010


Karm
oo 60k rupe..
nk tanye skit..
nape lelaki lepas umur 25 syndrome boroi melanda ye?
10:39pmMohd Azmi
standard
x boroi x lelaki la
haha
10:42pmKarm
yela sgt ye..gurl mengandung anak..guy mengandung air..

Monday 8 March 2010

puitis kah saya?

puitis kah aku?

Thursday 4 March 2010

ustazah lemas?

nnt baru comment. skg bz

Tuesday 2 March 2010

jiwang sangat...

owh please...
nape la time2 nk focus kt stadi ni la dtg jiwang2 ni...
huhu


Saturday 27 February 2010

Tanda-tanda kematangan

Interesting article from iluvislam.com. click kt title ntuk g ke site iluvislam.com. bace lah apa yg penulis ni cuba sampaikn.
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. 

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
adakah kita telah memenuhi ciri2 ini? 

Friday 26 February 2010

rakan lama

adakah kita ini dikira sombong jika tidak bertegur sapa?
adakah betul kita ini sombong jika tidak bertegur sapa?

pengalaman sendiri. i would run away if i see somebody i know, but yet it been long time since i meet he/she.

ntah la. bukan sombong, tapi segan mungkin? atau takut?

1.kerana kita yakin kita ni da berubah. berbeza dengan siapa kita masa kita kenal dia. contoh, kawan skola rendah. igt lagi, some of my skola rendah fren. Ali, kembar anas n afif, juli n some other. rmai da yg da xjumpe da, tp ade yg masih ade smp skg. Anas, which is now one kulliyyah with me. tp ble jumpe just sekadar bertegur sapa je. xpnah berborak panjang persis seorang rakan yg sudah lama tidak berjumpa. knape tidak? ingat lagi, kami selalu bermain bersama2 masa darjah 1, 2 dan 3. tapi skarang, when meet each other, we are speechless, or is it me who is the one with speechless?
2. kerana dlu kita tidak nmpk perbezaan kita. contoh, sepupu. aku dan Z, dlu rapat ngn anak maklong, angah and ein. salu main bersama. tiap kali balik kampung mesti main sama2. kgkdg g umah dia pn mst main. tp skg? kami di sebelah sini, dan mereka di sebelah sana. adakah kerana kami lelaki dan mereka perempuan? adakah kerana masing2 sudah mempunyai haluan tersendiri?
3. kerana kita tidak sebangsa. aku bukan racist, tetapi berada dalam komuniti melayu sahaja sejak form 3 (skola mrsm mne ade non-malay, skg ni kt uia pn xde non-malay) membuatkan aku rse semakin jauh dengan kaum lain. dulu ingat lagi, walaupun tidak rapat, tapi aku mempunyai rakan seperti chin ji ho, yong siew hong, anand, n yuan yik. tapi skarang sudah berbeza. menjadi kekok sekali untuk bersama mereka seperti zaman sekolah dahulu.
4. kerana kita pernah jadi rakan rapat, dan kita tidak mahu melukainya. contoh terbaik, anwar dan faiz. dlu rapat dan kamceng mase matrik. tp skarang? mustahil kerana berbeza kulliyyah membuatkan kita tidak lagi berhubung. tp kenapa bila bertemu lidah terkelu untuk berkata-kata?

aku tidak sombong. aku masih ingat mereka. aku masih ingin bertegur sapa dengan mereka. tapi lidah ku kelu. otak ku kering dr idea untuk berbual.

atau betulkah aku ini sombong seperti yang mereka sangka? Nauzubillah min zalik.

menunggu

ye, aku x tdo lagi. aku masih menunggu dia.

Da redi ke nak kawen?

ni bende 3 ari lepas. xsempat nak post.

Perkahwinan, definisi; menghalalkan yang haram. Manusia diciptakan dari pelbagai warna dan ragam, supaya dapat saling kenal berkenalan, berkasih sayang, dan hidup dlm keharmonian. Dan menariknya, Allah telah menciptakan manusia mempunyai perasaan terhadap jantina lawan. Seperti magnet, lelaki tertarik dengan wanita, dan wanita juga tertarik dengan lelaki. Tapi harus awas, nafsu dan naluri itu bukanlah perkara yang sama. Manusia mempunyai fikiran, seharusnya mampu membezakan nafsu dan naluri.

Allah itu Maha Bijaksana, menciptakan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Dan menjadi tanggungjawab seorang manusia untuk berlaki adil terhadap kasih sayang. Allah tidak menjadikan kasih sayang sesama manusia untuk disalahgunakan, lalu berlakulah hubungan liar. Inilah yang membezakan manusia dan haiwan. Allah telah memuliakan manusia, dan menciptakan perkahwinan untuk menghalalkan, dan memakmurkn hubungan antara lelaki dan perempuan.

Sudah bersediakah kita untuk berkahwin? Ya kamu Azmi. Adalah kamu sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ayah, seorang menantu, seorang ipar? Bersediakah kamu untuk menerima keluarga baru? bear in mind, kamu bukan berkahwin dengan dia sahaja. malah seluruh kaum kerabat.
Sedangkan tanggungjawab sendiri pn masih banyak kelemahan, inikn pula tanggungjawab orang lain.

Menceritakan mengenai perkahwinan, pasti kita terfikir, siapakah bakal atau calon pasangan kita? bagi saya (sy? haha), saya sudah ade calon isteri saya (sudah sampai tahap bakal). Tidak menjadi masalah lagi bagi saya untuk memikirkan siapakah pasangan saya, dan tidak berfikir untuk mencari yang baru. kerana calon saya ini, sudah cukup bagi saya. memikirkn dia sahaja sudah cukup membuatkan saya senyum sendiri. mendengar suaranya sahaja sudah cukup membuatkn hati ini berbunga. bertemunya, apatah lagi. Dunia ini serba indah apabila bersama dia. Sudah berkawan sejak 2006 (ini dia yang bagitau. saya rasa macam baru semalam berkenalan. owh how i love her so much), masuk tahun ini, hampir genap 4 tahun kami berkenalan. Tapi tidak dinafikan, sedang lidah lagi tergigit. pasangan yang baru berkahwin juga ade berlaku perselisihan faham, apatah lagi kami yg berjauhan secara physical, tetapi bukan secara emotionally. saya salu rindukn dia, dan semakin hari, semakin rindu, malah perasaan rindu ini  telah membuak2. adakah si dia juga begitu (hee...)

Sudah pasti jodoh itu ditangan Tuhan, tapi Allah tidak akan membantu kita jika kita hanya duduk berdiam diri. Selain ciri2 wanita idaman, solat istikharah juga membantu dalam membuat pilihan. Hanya Allah saja tahu apa yg terbaik untuk kita, dan dia. Bear in mind, marriage should last forever, and only Allah know what will happen in the future. Moga pilihanku, berserta doa dan petunjuk dari Allah, merupakan keputusan terbaik, buat diriku, dan bakal isteriku....

Adakah kita sudah bersedia?

  1. Calon?
  2. Tanggungjawab. 
  3. Soul. Rohani. Roh itu essence manusia. tanpa roh, manusia hanya segumpal daging. cukupkah bekalan dan persediaan rohani yang kita ada? untuk diri kita, untuk pasangan kita, dan untuk anak2 kita?
  4. Kewangan. xde duet orang risau, ade duet orang risau. hidup sebagai student, bergantung kepada scholarship, membuat kita terpikir. Yakinkah kita akan grad? Yakinkah kita akan mendapat kerja? Yakinkan kita gaji kita mencukupi?
  5. Toleransi dan ego. Bukan lelaki saja ada ego, perempuan juga apa kurangnya? mampukah kita membuang ego kita? ego yg kononnya prisip yg kita pegang sejak dulu? mampukah kita menerima perubahan. menerima dan adaptasi. setakat mana kita mampu menerima? setakat mana kita mampu memberi?
  6. dan seribu satu (1001) perkara lagi yang perlu difikirkan

Sebagai seorang muslim, haruslah kita berusaha sedaya upaya, berdoa dan berserah kepada Allah, supaya setiap langkah yg kita ambil, diberkati Allah.

Benda yang elok, eloklah diawal2kan.
Benda yang buruk, eloklah dilambat2kan.

Perkara yang simple, keep it simple.

p/s: ingatan pada diri, jangan kuat main game. there are life out there, that need our attention.

Thursday 25 February 2010

update

suke ati aku la nak update ke x.

Iklan Je...