suke ati aku la nak update ke x.

Friday, 26 February 2010

rakan lama

adakah kita ini dikira sombong jika tidak bertegur sapa?
adakah betul kita ini sombong jika tidak bertegur sapa?

pengalaman sendiri. i would run away if i see somebody i know, but yet it been long time since i meet he/she.

ntah la. bukan sombong, tapi segan mungkin? atau takut?

1.kerana kita yakin kita ni da berubah. berbeza dengan siapa kita masa kita kenal dia. contoh, kawan skola rendah. igt lagi, some of my skola rendah fren. Ali, kembar anas n afif, juli n some other. rmai da yg da xjumpe da, tp ade yg masih ade smp skg. Anas, which is now one kulliyyah with me. tp ble jumpe just sekadar bertegur sapa je. xpnah berborak panjang persis seorang rakan yg sudah lama tidak berjumpa. knape tidak? ingat lagi, kami selalu bermain bersama2 masa darjah 1, 2 dan 3. tapi skarang, when meet each other, we are speechless, or is it me who is the one with speechless?
2. kerana dlu kita tidak nmpk perbezaan kita. contoh, sepupu. aku dan Z, dlu rapat ngn anak maklong, angah and ein. salu main bersama. tiap kali balik kampung mesti main sama2. kgkdg g umah dia pn mst main. tp skg? kami di sebelah sini, dan mereka di sebelah sana. adakah kerana kami lelaki dan mereka perempuan? adakah kerana masing2 sudah mempunyai haluan tersendiri?
3. kerana kita tidak sebangsa. aku bukan racist, tetapi berada dalam komuniti melayu sahaja sejak form 3 (skola mrsm mne ade non-malay, skg ni kt uia pn xde non-malay) membuatkan aku rse semakin jauh dengan kaum lain. dulu ingat lagi, walaupun tidak rapat, tapi aku mempunyai rakan seperti chin ji ho, yong siew hong, anand, n yuan yik. tapi skarang sudah berbeza. menjadi kekok sekali untuk bersama mereka seperti zaman sekolah dahulu.
4. kerana kita pernah jadi rakan rapat, dan kita tidak mahu melukainya. contoh terbaik, anwar dan faiz. dlu rapat dan kamceng mase matrik. tp skarang? mustahil kerana berbeza kulliyyah membuatkan kita tidak lagi berhubung. tp kenapa bila bertemu lidah terkelu untuk berkata-kata?

aku tidak sombong. aku masih ingat mereka. aku masih ingin bertegur sapa dengan mereka. tapi lidah ku kelu. otak ku kering dr idea untuk berbual.

atau betulkah aku ini sombong seperti yang mereka sangka? Nauzubillah min zalik.

1 comment:

TeRRoRRiZZ said...

meh sini lidah ko tuh....
tarik panjang2....
kompem pasnih tak kelu.......

Iklan Je...